Agus dilantik panglima TNI

Agus (kiri) bersalaman dengan Jokowi semasa majlis angkat sumpah di Istana Negara, Jakarta. - Foto Agensi
Agus (kiri) bersalaman dengan Jokowi semasa majlis angkat sumpah di Istana Negara, Jakarta. - Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi secara rasmi melantik Jeneral Agus Subianto sebagai Panglima Angkatan Pertahanan Indonesia (TNI) di Istana Negara, Jakarta pada Rabu, lapor Antara.

Jeneral Agus mengangkat sumpah taat setia kepada Perlembagaan 1945 dan menjalankan segala undang-undang serta peraturan tegas demi kepentingan bangsa dan negara.

"Demi Allah. Saya bersumpah dalam menjalankan tugas selain menjaga etika jawatan dan kerja dengan sebaik mungkin, penuh rasa tanggungjawab. Saya akan menjunjung kesetiaan kepada tentera," katanya.

Pelantikan tersebut dilakukan berdasarkan Keputusan Presiden Nombor 1-2/TNI/2023 mengenai Pemberhentian dan Pelantikan Panglima TNI.

Semasa Mesyuarat Pleno DPR-RI kali kesembilan, Parlimen bersetuju bahawa Agus menjadi calon Panglima TNA sebagaimana diusulkan Jokowi.

Agus adalah calon tunggal Panglima TNI menggantikan Yudo Margono yang akan bersara pada 26 November ini.

Beliau sebelum ini dilantik sebagai Panglima Tentera Darat Indonesia pada 25 Oktober lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: