Pulau Pinang kaji buka semula kuari tertutup

Sundarajoo
Sundarajoo
A
A
A

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang sedang mengkaji membuka semula kuari tertutup di negeri itu bagi memastikan bekalan produk kuari mampu milik yang akan membantu mengurangkan kos pembinaan di Pulau Pinang.

Exco Perumahan dan Alam Sekitar, S Sundarajoo (PH-Perai) berkata, terdapat kenaikan kos pembinaan perumahan di negeri ini berikutan penutupan beberapa kuari.

Beliau juga berkata pemaju perumahan terpaksa membeli produk kuari dari Ipoh, Perak dengan kos pengangkutan yang mahal.

"Sebagai Exco alam sekitar, saya sedang mengkaji cara untuk membuka semula kuari ini bagi membekalkan produk kuari yang boleh membantu mengurangkan kos pembinaan perumahan di Pulau Pinang," katanya ketika menjawab soalan tambahan (PN-Penanti) Zulkefli Bakar.

Zulkefli bertanya mengenai bagaimana kerajaan negeri mampu membina projek rumah mampu milik di negeri ini berharga RM100,000 memandangkan harga bahan binaan yang semakin meningkat.

Sundarajoo berkata, Pulau Pinang kini mempunyai sembilan kuari kekal, tujuh di tanah besar dan dua di pulau itu.

Artikel Berkaitan: