Hamas musnahkan 60 jentera perang Israel dalam tempoh 72 jam

Kumpulan pejuang Hamas mendakwa pasukannya berjaya memusnahkan kira-kira 60 jentera perang tentera Israel di Gaza. - Foto Reuters.
Kumpulan pejuang Hamas mendakwa pasukannya berjaya memusnahkan kira-kira 60 jentera perang tentera Israel di Gaza. - Foto Reuters.
A
A
A

KUMPULAN pejuang Hamas mendakwa pasukannya berjaya memusnahkan kira-kira 60 jentera perang tentera Israel di Gaza.

Malah, jurucakap Briged Qassam, Abu Obeida berkata, kesemua jentera perang itu dimusnahkan dalam tempoh 72 jam lalu.

Dalam satu mesej dirakam, Abu memaklumkan antara jentera perang Israel yang menjadi sasaran serangan sejak tiga hari lalu termasuk 10 kenderaan pengangkut tentera.

Abu juga menyatakan pertempuran sengit sedang berlaku, dengan tentera Israel berada di beberapa kawasan di seluruh Semenanjung Gaza.

Menurut Abu, pihaknya mengesyaki, tentera Israel mengebom tenteranya di darat.

Malah mereka turut percaya bahawa sejumlah askarnya ditangkap dalam operasi yang dilakukan ke atas kenderaan pengangkut tentera di Kota Gaza.

Berdasarkan laporan media Israel, sekurang-kurangnya 66 anggota tentera terbunuh sejak bermulanya operasi darat rejim Zionis itu di Gaza pada 27 Oktober lalu.

Tentera israel melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Semenanjung Gaza termasuk hospital, kediaman dan rumah ibadat sejak serangan mengejut Hamas pada 7 Oktober lalu.

Data oleh Kementerian Kesihatan Palestin mendedahkan, sekurang-kurangnya 13,300 rakyat Palestin terbunuh termasuk 5,600 kanak-kanak dan 3,550 wanita.

Artikel Berkaitan: