Kereta terbabas, tekong bersama 11 PATI ditahan

Seorang lelaki tempatan yang bertindak sebagai tekong ditahan bersama 11 PATI warga Myanmar di Kampung Neting, Tumpat pada Isnin.
Seorang lelaki tempatan yang bertindak sebagai tekong ditahan bersama 11 PATI warga Myanmar di Kampung Neting, Tumpat pada Isnin.
A
A
A

TUMPAT - Seorang lelaki tempatan yang bertindak sebagai tekong ditahan bersama 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar di Kampung Neting di sini pada Isnin.

Kesemua mereka yang berusia 20 hingga 41 tahun itu ditahan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) pada jam 9.30 malam selepas dua kereta jenis Proton Perdana yang dinaiki PATI terbabit terbabas.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, menyedari kehadiran pasukan serbuan, kedua-dua kenderaan tersebut bertindak melarikan diri dan akhirnya terbabas di bahu jalan.

Kenderaan yang membawa PATI terbabas ketika cuba melarikan diri.
Kenderaan yang membawa PATI terbabas ketika cuba melarikan diri.

"Salah seorang pemandu telah melarikan diri ke dalam semak berdekatan dan meninggalkan empat lelaki dan dua perempuan Myanmar.

"Hasil pemeriksaan ke atas sebuah lagi kenderaan terdapat seorang lelaki tempatan disyaki tekong berjaya ditahan bersama dua lelaki dan tiga perempuan warga Myanmar," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, kesemua mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk tindakan selanjutnya.

Salah seorang pemandu berjaya melarikan diri ke dalam semak berdekatan dan meninggalkan empat lelaki serta dua perempuan Myanmar.
Salah seorang pemandu berjaya melarikan diri ke dalam semak berdekatan dan meninggalkan empat lelaki serta dua perempuan Myanmar.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, hasil pemeriksaan awal mendapati tekong yang berusia 30 tahun itu memiliki lapan rekod kes dadah dan tiga jenayah termasuk satu rekod di bawah Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Amran memberitahu, kes terbabit disiasat bawah Seksyen 26A ATIPSOM 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963/59.

PATI yang ditahan selepas kereta dinaiki terbabas semasa cuba melarikan diri.
PATI yang ditahan selepas kereta dinaiki terbabas semasa cuba melarikan diri.

"Lelaki tempatan yang bertindak sebagai tekong pula ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Langkah Khas) 2012 selama 28 hari untuk siasatan di bawah Seksyen 26A ATIPSOM 2007.

"Manakala kesemua migran ditahan untuk siasatan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen selama 14 hari," katanya.