Mangsa banjir berkurang, satu PPS di Kerian ditutup

Seramai 39 mangsa banjir masih berlindung di PPS SK Alor Pongsu berikutan banjir belum surut sepenuhnya di daerah Kerian. - Foto: Ihsan APM
Seramai 39 mangsa banjir masih berlindung di PPS SK Alor Pongsu berikutan banjir belum surut sepenuhnya di daerah Kerian. - Foto: Ihsan APM
A
A
A

IPOH - Seramai 36 mangsa dibenarkan pulang selepas situasi banjir di daerah Kerian mulai pulih pada Selasa.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan memaklumkan jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 75 mangsa daripada 22 keluarga yang dilaporkan awal pagi tadi.

"Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak yang menempatkan 18 mangsa daripada tiga keluarga telah ditutup pada jam 2 petang.

"Jumlah terkini menunjukkan hanya 39 mangsa daripada 14 keluarga yang terjejas dari Kampung Selekoh dan Kampung Beriai masih berlindung di PPS SK Alor Pongsu," katanya.

Anggota APM menjalankan pemantauan di kawasan penduduk yang terjejas banjir di daerah Kerian. - Foto Ihsan APM
Anggota APM menjalankan pemantauan di kawasan penduduk yang terjejas banjir di daerah Kerian. - Foto Ihsan APM

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak turut memaklumkan laluan FT 147 Jalan Selama di daerah Kerian ditutup kepada semua kenderaan selepas kawasan itu dinaiki air.

Pengguna jalan raya diarah menggunakan jalan alternatif di A111 Jalan Pintasan Alor Pongsu-Bukit Merah.

Manakala di Batang Padang, laluan FT 1152 Felda Trolak Selatan dibuka satu lorong kepada kenderaan ringan berikutan keadaan bahu jalan yang runtuh.

Artikel Berkaitan: