Konsert Coldplay: Anwar akan bincang dengan mufti

Anwar menjawab soalan tambahan daripada Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) di Dewan Rakyat pada Selasa.
Anwar menjawab soalan tambahan daripada Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) di Dewan Rakyat pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berbincang dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Profesor Madya Dr Luqman Abdullah berhubung keputusan pembatalan penganjuran konsert Coldplay yang bakal berlangsung pada Rabu.

Beliau berkata, kerajaan meluluskan penganjuran itu sebelum ini kerana Coldplay merupakan antara kumpulan yang menyokong Palestin.

"Jadi saya akan bincang dengan mufti tentang keadaan ini kerana ada pelobi-pelobi daripada gerakan Palestin yang menyokong dan memberikan pandangan kepada menteri luar dan pejabat saya.

"(Mereka persoalkan) mengapa dihalang kumpulan yang menyokong perjuangan Palestin daripada meneruskan pertunjukan.

"Tapi oleh kerana perkara ini dibangkitkan (wujud halangan) kerana ada perkara lain yang kita tak setuju, itu akan saya bincang semula," katanya ketika waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) mahu tahu apakah pendirian atau dasar kerajaan mengenai konsert Coldplay termasuk penganjuran konsert lain bagi rakyat memahami keadaan semasa yang berlaku di Gaza.
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) mahu tahu apakah pendirian atau dasar kerajaan mengenai konsert Coldplay termasuk penganjuran konsert lain bagi rakyat memahami keadaan semasa yang berlaku di Gaza.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan daripada Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang mahu tahu apakah pendirian atau dasar kerajaan mengenai konsert Coldplay, termasuk penganjuran konsert lain bagi rakyat memahami keadaan semasa yang berlaku di Gaza.

Ia juga memandangkan nasihat Mufti Wilayah agar orang ramai tidak menyokong penganjuran konsert berkenaan yang dikatakan jelas bertentangan nilai murni dan budaya di negara ini.

Artikel Berkaitan:

Luqman dilapor berkata, penganjuran Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur, disifatkan sebagai program melalaikan dan tidak memberi manfaat kepada masyarakat di negara ini.

Selain itu, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) turut mendesak konsert Coldplay dibatalkan serta-merta kerana ia disifatkan melewati garis sempadan Islam sekali gus bertentangan dengan hukum syarak.

Pemuda PUM, Dr Muhamad Alihanafiah Norasid berkata, penganjuran program berbaur hedonisme itu jelas melalaikan umat Islam dan rakyat Malaysia, selain jauh daripada norma serta tatasusila tempatan.