Kerajaan perlu bertegas dengan Coldplay

Kehadiran kumpulan Coldplay wajar dibimbangi berikutan sokongan kumpulan rock itu kepada golongan LGBT. Gambar kecil: Ahmad Amzad
Kehadiran kumpulan Coldplay wajar dibimbangi berikutan sokongan kumpulan rock itu kepada golongan LGBT. Gambar kecil: Ahmad Amzad
A
A
A

KEMAMAN - Kerajaan perlu bertegas dalam mengawal kemasukan artis luar negara yang bermasalah agar tidak membawa budaya songsang ke negara ini.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, kehadiran kumpulan Coldplay wajar dibimbangi berikutan sokongan kumpulan rock alternatif British itu kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

"Dalam belanjawan baru-baru ini, banyak cukai yang naik, tapi ada juga yang diturunkan iaitu cukai konsert membabitkan kemasukan artis luar negara.

"Kita tak ada masalah dengan mereka tapi terkecuali bagi artis yang masuk membawa budaya bermasalah. Dalam beberapa bulan lalu, ada yang datang mencabar secara terang-terangan undang-undang negara.

"Di atas pentas di hadapan ribuan orang, sesama lelaki bercium dan akhirnya mereka balik. Kerajaan sepatutnya bertegas dalam soal ini," katanya semasa berucap dalam Ceramah Perdana Unit Daerah Mengundi (UDM) Pekan Kijal pada malam Sabtu.

Kumpulan itu akan mengadakan konsert Coldplay: Music of the Spheres World Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November depan.

Dalam beberapa konsert sebelum ini, penyanyi utamanya iaitu Chris Martin yang pernah berkahwin dan mempunyai dua anak membuat persembahan dengan memegang bendera pelangi iaitu simbol kepada kumpulan LGBT.

Beberapa pihak telah menyuarakan bantahan terhadap konsert itu, malah Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menyatakan ia wajar diharamkan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!