Masyarakat dinasihat tidak sokong konsert Coldplay - Mufti Wilayah Persekutuan

Masyarakat dinasihatkan agar tidak memberi sokongan kepada konsert Coldplay yang jelas bertentangan dengan nilai-nilai murni dan budaya masyarakat di negara ini.
Masyarakat dinasihatkan agar tidak memberi sokongan kepada konsert Coldplay yang jelas bertentangan dengan nilai-nilai murni dan budaya masyarakat di negara ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penganjur konsert Coldplay dinasihatkan agar tidak meneruskan program itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 22 November ini.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah berkata, penganjuran konsert itu melalaikan dan tidak memberi manfaat kepada masyarakat di negara ini.

Tegas beliau, kumpulan muzik itu juga dikaitkan dengan kumpulan tidak bermoral yang mempromosikan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

"Kami juga menasihatkan masyarakat agar tidak memberi sokongan kepada program ini yang jelas bertentangan dengan nilai-nilai murni dan budaya masyarakat di negara ini," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut beliau, masyarakat perlu memahami bahawa hiburan dalam Islam ada batasannya yang perlu dipatuhi dan mana-mana jenis hiburan yang terkeluar daripada batasan ini adalah bertentangan dengan hukum syarak.

"Garis panduan hiburan telah dikeluarkan oleh pihak JAKIM dan umat Islam boleh merujuk kepada garis panduan terbabit," jelas beliau.

Orang ramai boleh mengikuti garis panduan hiburan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada pautan http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/assets/files/oldsite/garis_panduan_hiburan_dalam_islam.pdf

Artikel Berkaitan: