Polis kesan lelaki kencing di tiang parkir

Tular video memaparkan seorang lelaki membuang air kecil pada tiang kawasan parkir di sebuah pusat beli-belah dekat sini Khamis lalu.
Tular video memaparkan seorang lelaki membuang air kecil pada tiang kawasan parkir di sebuah pusat beli-belah dekat sini Khamis lalu.
A
A
A

SUBANG JAYA - Polis mengesan seorang lelaki yang tular menerusi sebuah video setelah berkelakuan tidak senonoh dengan membuang air kecil pada tiang kawasan parkir di sebuah pusat beli-belah dekat sini Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek terlibat merupakan seorang lelaki warga tempatan.

"Siasatan dijalankan berdasarkan video tular berkenaan telah mengenal pasti identiti suspek terlibat.

Wan Azlan
Wan Azlan

"Suspek sedang dikesan untuk siasatan lanjut berkaitan kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).

Pada Khamis, tular video yang dirakam oleh seorang wanita yang melihat tindakan lelaki berkenaan tanpa segan silu melepas 'hajat' pada tiang kawasan parkir di sebuah pusat beli-belah di sini.

Artikel Berkaitan: