Mangsa banjir di Terengganu meningkat, Perak kekal setakat malam ini

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat manakala di Perak kekal setakat malam ini.
Di TERENGANU, jumlah mangsa banjir yang direkodkan meningkat daripada 893 orang pada 6 petang tadi, kepada 1,070 orang pada 8 malam berikutan hujan berterusan sejak malam semalam.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, daerah Kuala Nerus mencatat jumlah mangsa terbanyak iaitu 564 mangsa daripada 166 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS).
Sementara di Kuala Terengganu, 496 mangsa daripada 152 keluarga berlindung di tiga PPS manakala di Setiu, sebuah PPS beroperasi menempatkan 10 mangsa daripada tiga keluarga.