JDT didenda RM30,000

Jawatankuasa Tatatertib FAM telah mendenda JDT RM30,000.
Jawatankuasa Tatatertib FAM telah mendenda JDT RM30,000.
A
A
A

KELAB Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) didenda RM30,000 kerana gagal mematuhi obligasi penganjuran dalam dua insiden yang berlaku semasa perlawanan akhir Piala FA 2023 dan Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL).

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan berkata, keputusan telah dicapai pada mesyuarat kali ke-14 Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu yang berlangsung pada Isnin.

Untuk kesalahan pertama, JDT didapati melanggar Artikel 68 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 69 Kod Tatatertib selepas seorang penyokong pasukan Kuala Lumpur City (KL City) dipukul oleh individu yang tidak dikenal pasti sehingga menyebabkan kecederaan serius.

"Kejadian berlaku semasa Final Piala FA 2023, JDT dan Kuala Lumpur City FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 22 Julai.

“JDT didenda RM15,000 serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini boleh dirayu," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, kesalahan sama turut dilakukan oleh kelab tersebut semasa perlawanan Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) antara JDT menentang Selangor MAC di Stadium Bandaraya Pasir Gudang pada 27 Mei.

"JDT melanggar Artikel 68 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 69 Kod Tatatertib FAM akibat daripada kegagalan untuk mematuhi obligasi penganjuran sehingga membolehkan penyokong JDT mengejek, melakukan provokasi terhadap penyokong pihak lawan dan kemudiannya telah mengerumuni, mengejar dan menyerang penyokong pihak lawan sebelum sempat mereka menaiki bas

"JDT didenda RM15,000 serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini boleh dirayu," kata kenyataan itu lagi.

Artikel Berkaitan: