Dewan Rakyat: Ahli Parlimen pembangkang tidak hadir sidang pagi

Persidangan Dewan Rakyat hari ini menyaksikan tempat duduk blok pembangkang kosong. Setakat 11 pagi tadi, kesemua ahli Parlimen pembangkang masih belum berada di kerusi masing-masing. - Foto: Bernama
Persidangan Dewan Rakyat hari ini menyaksikan tempat duduk blok pembangkang kosong. Setakat 11 pagi tadi, kesemua ahli Parlimen pembangkang masih belum berada di kerusi masing-masing. - Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sesi mesyuarat Dewan Rakyat pada sebelah pagi ini ‘sepi’ tanpa kehadiran ahli-ahli Parlimen pembangkang.

Isu ketidakhadiran berkenaan dibangkitkan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) yang tampil mencelah ketika sesi soal jawab sedang berlangsung.

"Tan Sri Speaker, bukan seorang tak hadir, tapi seorang pun pembangkang tidak ada pada hari ini, inilah fiil pembangkang,” katanya.

Ia susulan kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sebelum itu yang membuka peluang agar setiap soalan dalam sesi soal jawab dibenarkan untuk tiga soalan tambahan berbanding dua soalan sebelum ini.