Lapan hilang dalam kejadian tanah runtuh di Colombia

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

BOGOTA - Lapan orang hilang dalam kejadian tanah runtuh akibat limpahan air sungai 'El Mono' di perbandaran Chaparral, di bahagian Tolima, Colombia, lapor agensi berita Xinhua memetik kerajaan tempatan semalam.

Maklumat awal Pejabat Pengurusan Risiko melaporkan, lapan orang hilang, dua cedera, 30 keluarga terjejas, manakala tiga buah rumah musnah serta beberapa bangunan termasuk pusat kesihatan, sekolah dan gereja mengalami kerosakan.

Datuk Bandar, Chaparral Humberto Buenaventura berkata kepada media tempatan, kejadian itu berlaku pagi semalam dan anggota agensi penyelamat sudah berada di lokasi.

"Kami akan mengadakan mesyuarat tergempar pengurusan risiko hari ini untuk menentukan bentuk bantuan yang diperlukan mangsa.

"Buat masa ini, kami meminta bantuan anggota briged mencari dan menyelamat bersama dengan angkatan tentera untuk menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: