Langkah tepat kekang penyeludupan

PGA melihat cadangan Thailand mampu membendung aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.
PGA melihat cadangan Thailand mampu membendung aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.
A
A
A

CADANGAN kerajaan Thailand untuk membina pagar elektrik dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV) sebagai usaha memperketatkan kawalan di kawasan bersempadan Malaysia bagi mengekang sindiket penyeludupan dilihat turut memberi manfaat kepada negara.

Ini kerana isu melibatkan penyeludupan seperti dadah, manusia, senjata api dan sebagainya telah lama membelenggu Malaysia susulan pelbagai taktik digunakan penjenayah.

Justeru, usaha yang ingin dibuat negara jiran itu diharap mampu menangani jenayah penyeludupan memandangkan ia masih menjadi kebimbangan ramai terutamanya bagi penduduk yang tinggal di kawasan sempadan.

Menurut laporan Bangkok Post, projek yang akan dilakukan secara berperingkat itu menelan kos kira-kira 600 juta baht (RM79.3 juta).

Sebanyak 357 CCTV akan dipasang di sepanjang 106 kilometer (km) termasuk 80km di tebing.

Laporan itu menyebut, fasa pertama pembinaan akan bermula di Tak Bai kerana beberapa bahagian sungai di daerah itu sempit memudahkan aktiviti penyeludupan dadah dan barangan seludup atau kemasukan secara haram.

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

Cadangan ini juga dilihat sebagai nafas baharu untuk mengekang sebarang aktiviti penyeludupan, sekali gus berupaya menurunkan kadar jenayah.

Artikel Berkaitan:

Umum mengetahui kes penyeludupan sempadan masih menghantui sebahagian besar rakyat yang tinggal di sempadan susulan wujudnya kelompongan dalam penguatkuasaan atas pelbagai faktor.

Kelompongan yang berlaku atas pelbagai faktor antaranya bentuk muka bumi juga turut mewujudkan 'laluan tikus' bagi penjenayah.

Langkah yang bakal dilaksanakan Thailand itu juga diharap memberi nafas baharu kepada Malaysia dalam usaha untuk menangani isu penyeludupan yang tiada kesudahan.