Martin terpantas di Qatar

Martin. - Foto EPA
Martin. - Foto EPA
A
A
A

PELUMBA Ducati satellite VR46, Jorge Martin mengatasi pesaing kejuaraan, Francesco Bagnaia untuk muncul juara dalam acara pecut Grand Prix (GP) Qatar di Lusail malam Sabtu.

Bagnaia menamatkan saingan di tempat kelima, membolehkan pelumba Sepanyol itu mengurangkan jurang dalam kedudukan keseluruhan kepada tujuh mata menjelang saingan akhir musim di Valencia hujung minggu ini.

“Saya fikir mempunyai potensi untuk menang tetapi dalam perlumbaan yang anda tidak pernah tahu," kata Martin.

Dalam perlumbaan itu, Fabio Di Giannantonio dari Gresini Ducati di kedudukan kedua, manakala Luca Marini ketiga.

Alex Marquez pula menamatkan saingan di tempat keempat dalam perlumbaan yang menyaksikan Ducati menguasai lima kedudukan teratas.

Bagnaia yang juga juara bertahan dan Martin bermula di barisan kedua.

Mereka bersaing di selekoh pertama namun pelumba Itali itu berjaya mengatasi Martin seketika sebelum tewas.

“Saya cuba pergi lebih jauh dan mendapati diri saya di belakang Pecco dan Marc Marquez.

Artikel Berkaitan:

“Saya terpaksa bekerja dengan cara saya melepasi mereka,” ujar Martin.