PRK Kemaman: PN tidak boleh 'over confident' - Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim ketika ditemui selepas Program Himpunan Munajat Pertahan Enakmen Syariah dan Solidariti Untuk Palestin Peringkat Negeri Kelantan, di sini pada Sabtu.
Tuan Ibrahim ketika ditemui selepas Program Himpunan Munajat Pertahan Enakmen Syariah dan Solidariti Untuk Palestin Peringkat Negeri Kelantan, di sini pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Pencalonan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman kerana beliau mempunyai kelebihan dan pengalaman dalam politik.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun berkata, Perikatan Nasional (PN) tidak boleh boleh 'over confident' dan perlu bekerja keras bagi memastikan kemenangan mereka.

Menurut beliau, setakat ini respons yang diterima sangat positif dan mendapat kerjasama di antara parti komponen.

"Hasrat kita jika calon menang dapat membawa agenda negeri ke peringkat Pusat secara terus dalam Parlimen," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Himpunan Munajat Pertahan Enakmen Syariah dan Solidariti Untuk Palestin Peringkat Negeri Kelantan di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Calon Pas itu akan bertemu calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Tambah Tuan Ibrahim, ia memberi kelebihan kepada calon Pas kerana lebih dikenali berbanding calon BN kerana Ahmad Samsuri merupakan Menteri Besar.

Artikel Berkaitan: