Abang libas adik guna sabit hingga mati

Gambar hiasan. - Foto: wikipedia
Gambar hiasan. - Foto: wikipedia
A
A
A

KLUANG - Seorang lelaki meninggal dunia selepas dilibas abangnya menggunakan sabit dalam satu pergaduhan di Taman Kluang Barat, sekitar jam 3.30 pagi, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa berusia 42 tahun meninggal dunia akibat pendarahan teruk.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku daripada perselisihan faham antara mangsa dan abangnya berusia 44 tahun.

"Hasil soal siasat, suspek mengaku mencederakan mangsa menggunakan sabit dalam pergaduhan itu sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) menggunakan ambulan.

"Bagaimanapun, kira-kira jam 2.30 petang semalam, mangsa disahkan meninggal dunia akibat pendarahan yang teruk," katanya melalui kenyataan pada Sabtu.

Bahrin
Bahrin

Menurut Bahrin, semakan yang dilakukan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau dan ujian air kencing juga negatif dadah.

"Suspek telah ditahan polis pada petang Jumaat dan direman selama enam hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: