Pengalaman bezakan Yew Sin-Ee Yi, Yu Chen-Xuan Yi

Ong Yew Sin-Teo Ee Yi
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi
A
A
A

PENGALAMAN memisahkan pemenang perlawanan separuh akhir Masters Jepun, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menentang gandingan dari China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi pada Sabtu.

Pada perlawanan yang berlangsung di Kumamoto Prefectural Gymnasium itu, Yew Sin-Ee Yi yang berstatus ranking ke-12 dunia bermula garang apabila menang 21-16 pada set pertama.

Set kedua, lawan mereka yang berkedudukan nombor lapan dunia kembali memperkemaskan permainan kembali menang 22-20 untuk mengheret aksi ke set penentuan.

Set penentuan, kedua-dua pasangan meningkatkan intensiti menyaksikan masing-masing saling mengejar mata yang akhirnya dimenangi Yu Chen-Xuan Yi, 21-17 dalam aksi 68 minit.

Kemenangan Yu Chen-Xuan Yi melebarkan lagi rekod pertemuan antara mereka yang memihak kepada beregu China, kepada tiga dalam empat perlawanan sebelum ini.

Yew Sin-Ee Yi akan meneruskan kempen Siri Jelajah Dunia dengan cabaran di Masters China yang menyingkap tirai pada 21 November ini.

Yew Sin-Ee Yi dijadualkan menentang beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam pusingan pertama.

Artikel Berkaitan: