Yew Sin-Ee Yi teruskan cabaran Malaysia di Jepun

Ong Yew Sin-Teo Ee Yi meneruskan cabaran negara ke separuh akhir Masters Jepun 2023.
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi meneruskan cabaran negara ke separuh akhir Masters Jepun 2023.
A
A
A

BEREGU lelaki Ong Yew Sin-Teo Ee Yi meneruskan cabaran negara ke separuh akhir Masters Jepun 2023 di Kumamoto pada Jumaat.

Yew Sin-Ee Yi mengetepikan cabaran beregu dari Taiwan Lee Fang-Chih-Lee Fang-Jen 21-19, 21-16 dalam aksi suku akhir di Kumamoto Prefectural Gymnasium.

Kemenangan aksi 43 minit itu itu membolehkan mereka mara ke separuh akhir ketiga musim ini selepas Terbuka Switzerland 2023 dan Terbuka Taiwan 2023.

Beregu pilihan kelapan itu akan menentang pilihan ketujuh Li Yu Chen-Ou Xuan Yi dalam separuh akhir selepas pasangan China itu mengatasi gandingan Jepun, Akira Koga-Taichi Saito 21-19, 21-13.

Sementara itu, beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah tewas 13-21, 18-21 kepada pasangan tuan rumah Rena Miyaura-Ayako Sakura.

Dua beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing turut tersingkir pada suku akhir acara Super 500 itu.

Pilihan kelapan Tang Jie-Ee Wei tewas tiga kali berturut-turut kepada pilihan utama Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dari China 14-21, 14-21.

Kian Meng-Pei Jing juga mengakhiri cabaran apabila tewas 15-21, 16-21 kepada pilihan kedua Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun.

Artikel Berkaitan: