Kanak-kanak di Gaza laung Allahuakbar bila dengar bunyi bom


Nurul Ain Haron (kanan) tidak dapat menahan sebak ketika berkongsi kisah mengenai kekuatan anak-anak Gaza sewaktu sesi dialog Gaza dihatiku, di Surau Al Mukarramah di Taman Seri Keramat pada Sabtu.
Nurul Ain Haron (kanan) tidak dapat menahan sebak ketika berkongsi kisah mengenai kekuatan anak-anak Gaza sewaktu sesi dialog Gaza dihatiku, di Surau Al Mukarramah di Taman Seri Keramat pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kanak-kanak Palestin melaungkan Allahuakbar setiap kali mendengar letupan bom yang dilontar oleh rejim Zionis secara berterusan sejak 7 Oktober lalu, di wilayah Gaza.

Rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas di zon konflik berkenaan, Nurul Ain Haron, 37, berkata, tiada perkataan lain yang keluar dari bibir kanak-kanak itu kecuali kalimah memuji ALLAH SWT.

“Kanak-kanak di sana bila dengar bunyi bom, mereka laung Allahuakbar, Allahuakbar.

"Macam tiada apa-apa berlaku, iman mereka sangat kuat dan sentiasa bersedia untuk syahid.

“Kalimah yang sentiasa keluar dari bibir mereka hanyalah Subhanallah, Walhamdulillah dan Hasbunallah Wanikmal Wakil, tiada langsung mengeluh serta mempersoal mengapa ujian itu menimpa mereka,” katanya ketika sesi dialog ‘Gaza dihatiku’ di Surau Al-Mukarramah Taman Seri Keramat di sini pada Sabtu.

Sebelum ini, Nurul Ain memaklumkan semangat dan jiwa besar anak-anak kecil di bumi Gaza menjadi penguat semangatnya untuk terus tabah menghadapi situasi peperangan yang getir dan belum pernah dialami seumur hidupnya.

Tambah wanita itu, dia sentiasa mengajar dirinya untuk berada dalam keadaan bersedia bagi menghadapi syahid.

Artikel Berkaitan:


Nurul Ain Haron bersama suami, warga Palestin, Mohamed A M Shaat ketika sesi dialog Gaza dihatiku pada Sabtu.
Nurul Ain Haron bersama suami, warga Palestin, Mohamed A M Shaat ketika sesi dialog Gaza dihatiku pada Sabtu.

“Keadaan di sana sangat luar biasa dan kebanyakan daripada rakyat Palestin hanya tinggal di tepi jalan dan menumpang di hospital.

“Tetapi, saya tengok hospital pun dah macam bukan hospital. Ia seperti rumah tumpangan kerana terlalu ramai," katanya.



Nurul Ain menambah, dia kagum dengan semangat dan tahap keimanan rakyat Palestin.

“Mereka yang tinggal di sana sangat kuat dan bersyukur kerana masih bernyawa serta masih boleh tumpang berteduh.

"Ini yang membuatkan saya kagum dengan tahap iman mereka. Sentiasa bersyukur,” ujarnya.


Kanak- kanak Palestin mengumpulkan buku diambil di kediamannya yang musnah dibedil Israel. - Foto AFP
Kanak- kanak Palestin mengumpulkan buku diambil di kediamannya yang musnah dibedil Israel. - Foto AFP

Dalam pada itu, Nurul Ain berkata, suaminya juga merupakan salah satu punca dia terus kuat dan mampu bertahan ketika berada di Gaza.

“Bila saya nampak jenazah dibawa menaiki keldai dan lori tangki air dengan cara jenazah diletakkan di antara kepala dan badan lori manakala ahli keluarga pula berdiri di tepi dan melaungkan ‘Allahuakbar, syahid’ berulang kali, ia membuatkan saya kaku serta tidak boleh berjalan.

“Alhamdulillah, suami ketika itu cuba menenangkan dan menyedarkan saya bahawa sebenarnya saya kuat kerana tanpa disedari kami sudah tiga kali terselamat ketika berhadapan dengan bahaya.

“Jadi kata-kata semangat daripada suami membuatkan saya lebih yakin, kuat dan mampu untuk meneruskan perjalanan waktu itu,” ujar Nurul Ain.