Sila log masuk terlebih dahulu.

Terpaksa keluar dari Gaza demi keselamatan - Nurul Ain

14 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
MOJO LIVE 14 NOVEMBER 2023

Rakyat Malaysia yang sebelum ini terperangkap di Gaza, Nurul Ain Haron dan suaminya yang juga warga Palestin, Mohamed A M Shaat selamat tiba kira-kira jam 8.55 malam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 menerusi pesawat QR4993 Qatar Airways yang berlepas dari Doha, Qatar, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Aisyah Mohamad.

Kedua-dua pasangan itu menempuh perjalanan lebih 17 jam secara keseluruhannya iaitu dari Rafah ke Cairo seterusnya transit di Oman sebelum tiba di KLIA dekat sini.

Ketibaan pasangan itu disambut oleh ibu bapa Nurul Ain iaitu Haron Hamim dan Mastura Yusof, ahli keluarga serta Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Amran Mohamed Zin.

Suasana hiba menyambut kepulangan Nurul Ain dan Mohamed Adan bersama pelukan dan tangisan kegembiraan setelah hampir setahun tidak bersua muka dengan ahli keluarga.

Link FB: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/1375420543371603

Artikel berkaitan:

1) https://www.sinarharian.com.my/article/634353/berita/nasional/terpaksa-keluar-dari-gaza-demi-keselamatan---nurul-ain

2) https://www.sinarharian.com.my/article/634299/berita/nasional/nurul-ain-suami-selamat-dibawa-keluar-dari-gaza

3) https://www.sinarharian.com.my/article/634358/berita/nasional/anwar-harap-nurul-ain-kongsi-situasi-di-gaza-sebaik-pulang-ke-tanah-air

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini #NurulAin #Gaza #PrayForPalestin #SavePalestin #Rafah