PM solat Jumaat bersama komuniti Islam San Francisco

Selesai solat Jumaat, Anwar berkesempatan berbual santai dan beramah mesra bersama sekitar 250 komuniti Muslim yang hadir di Pusat Islam San Francisco. - Foto Pejabat PM
Selesai solat Jumaat, Anwar berkesempatan berbual santai dan beramah mesra bersama sekitar 250 komuniti Muslim yang hadir di Pusat Islam San Francisco. - Foto Pejabat PM
A
A
A

SAN FRANCISCO - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat di Pusat Islam San Francisco di sini seiring lawatan kerja beliau sempena Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023.

Beliau yang tiba sekitar jam 1 tengah hari disambut oleh Ahli Lembaga Pengarah Pusat Islam San Francisco, Dr Naeem Patel.

Anwar yang solat bersama sekitar 250 jemaah komuniti Islam di San Francisco diimamkan oleh Maulana Faiz Vaid.

Turut hadir isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri serta Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Usai solat, beliau berkesempatan berbual santai dan bersalaman bersama sekitar 250 komuniti Muslim yang hadir. - Awani

Artikel Berkaitan: