Penduduk Gaza diancam kebuluran

Wanita Palestin menyediakan roti sebagai makanan. - Foto AFP
Wanita Palestin menyediakan roti sebagai makanan. - Foto AFP
A
A
A

ROM - Program Makanan Sedunia (WFP) mendedahkan orang awam di Gaza sedang berdepan kebuluran yang teruk akibat terputus bekalan makanan dan air.

"Dengan musim sejuk yang semakin hampir, tempat perlindungan yang tidak selamat dan sesak selain kekurangan air bersih akan menyebabkan orang awam berdepan kebuluran serta-merta," kata Pengarah Eksekutif WFP yang berpangkalan di Rom, Cindy McCain.

Agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi amaran mengenai peningkatan kebuluran selama berminggu-minggu hingga menyebabkan bekalan roti semakin 'tidak wujud' bagi memenuhi keperluan semasa tatkala hanya satu lintasan sempadan yang dibuka.

Musim sejuk yang semakin hampir di Gaza. - Foto AFP
Musim sejuk yang semakin hampir di Gaza. - Foto AFP

Tambahnya, satu-satunya harapan ialah membuka laluan selamat kedua untuk membawa makanan masuk ke Gaza.

WFP menambah, kekurangan bahan api turut menghalang proses penghantaran makanan menggunakan trak dari Mesir untuk sampai ke Gaza. - AFP

Artikel Berkaitan: