‘Kebangkitan semula yang sempurna’

Status dikongsikan FIFA di laman sosialnya pada Jumaat.
Status dikongsikan FIFA di laman sosialnya pada Jumaat.
A
A
A

KEJAYAAN pasukan bola sepak negara bangkit daripada ketinggalan tiga gol untuk mengatasi Kyrgyzstan, 4-3 aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Khamis mendapat perhatian komuniti sukan tersebut.

“Malaysia melakukan kebangkitan semula yang sempurna dalam perlawanan kelayakan pembukaan #WeAre26,” tulis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) di laman Instagramnya.

Perlawanan Kumpulan D, bermula dengan anak buah Kim Pan-gon terlebih dulu memimpin perlawanan menerusi jaringan Dion Cools pada minit ketujuh.

Bagaimanapun Kyrgyzstan yang menghuni ranking 97 dunia lebih tenang menyamakan kedudukan menerusi Kayrat Zhyrgalbek pada minit ke-42.

Gol itu ternyata menyemarakkan semangat pada pemain The White Falcons apabila menambah lagi jaringan menerusi Ernist Batyrkanov pada minit ke-44 untuk memimpin separuh masa pertama, 2-1.

Separuh masa kedua, angkatan Stefan Tarkovic tampil lebih agresif mengasak benteng pertahanan skuad asuhan Kim Pan-gon yang akhirnya bolos kali ketiga hasil jaringan Kai Merk pada minit ke-57.

Anak buah Tarkovic yang seakan selesa dengan keputusan itu mula mengendurkan serangan dimanfaatkan sepenuhnya pemain Harimau Malaya apabila mengasak sehingga terhasilnya gol sendiri Khristiyan Brauzman pada minit ke-72.

Belum sempat White Falcons memperkemaskan bahagian pertahanan, gawang mereka bolos sekali lagi hasil sentuhan Cools pada minit ke-77 untuk gol kedua peribadi sebelum Faisal Halim tampil menghadiahkan tiga mata dengan jaringan minit ke-93.

Artikel Berkaitan:

Tiga mata diraih anak buah Pan-gon membolehkan Harimau Malaya menghuni tangga kedua Kumpulan D dengan tiga mata.

Oman mengetuai kumpulan dengan tiga mata selepas membelasah Taiwan, 3-0 di Kompleks Sukan Sultan Qaboos.

Rekod pertemuan kedua-dua pasukan sebelum ini menyaksikan Harimau Malaya tewas 0-1 kepada Kyrgyzstan dalam perlawanan persahabatan pada Oktober 2018.

Harimau Malaya akan meneruskan misi pemburuan 12 mata bagi aksi peringkat kumpulan dengan kunjungan ke Stadium Perbandaran Taipei berdepan Taiwan pada Selasa ini.