Suami isteri dicekup tak sampai 24 jam larikan gelang emas

Rakaman kamera litar tertutup memaparkan suspek melarikan emas seberat 15.33 gram di sebuah kedai emas di Senawang pada Rabu. Gambar kecil: Barang kemas yang dirampas polis. - Foto PDRM
Rakaman kamera litar tertutup memaparkan suspek melarikan emas seberat 15.33 gram di sebuah kedai emas di Senawang pada Rabu. Gambar kecil: Barang kemas yang dirampas polis. - Foto PDRM
A
A
A

SEREMBAN - Sepasang suami isteri hanya sempat 'berjoli' dengan hasil curi barang kemas seberat 15.33 gram kurang 24 jam, apabila mereka berjaya ditahan pada hari sama di Hentian Rehat dan Rawat Seremban.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian pada jam lebih kurang 4 petang itu berlaku di sebuah kedai emas di Senawang pada Rabu.

"Kita menerima laporan pada jam 4.40 petang mengenai kecurian barang kemas, suspek seorang lelaki memakai pelitup muka berpura-pura mahu membeli gelang emas yang berharga RM5,000.

"Dia kemudiannya melarikan emas itu bersama seorang wanita yang menunggu dalam sebuah kereta di luar kedai," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ujarnya, hasil risikan dan maklumat awam, pada hari sama jam 10.50 malam di kawasan rehat dan rawat Seremban arah Selatan, Lebuhraya Kuala Lumpur- Seremban, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban telah menangkap sepasang suami isteri berumur 46 dan 35 tahun.

"Barang kes turut dirampas melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia, seutas gelang emas yang dipajak di Jalan Pudu, Kuala Lumpur dengan harga RM3,650 dan wang tunai RM3,600.

"Siasatan awal mendapati suspek lelaki mempunyai 14 kes rekod jenayah lampau yang melibatkan dadah dan jenayah.

"Hasil ujian saringan dia didapati positif dadah methamphetamine.

Artikel Berkaitan:

"Suspek seterusnya direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seskyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.