Hong Leong Bank perkasa komuniti tempatan

Alif (kiri) dan Andrew pada majlis pelancaran Program e-Duit Desa di Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam, Selangor (BNO), baru-baru ini.
Alif (kiri) dan Andrew pada majlis pelancaran Program e-Duit Desa di Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam, Selangor (BNO), baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Hong Leong Bank (HLB) terus memperkasakan komuniti tempatan dengan menggalakkan pendigitalan dan keterangkuman kewangan serta memangkin transformasi digital di seluruh rantau ini dengan menganjurkan Program e-Duit Desa di Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam, Selangor (BNO), baru-baru ini.

HLB dalam satu kenyataan berkata, melalui program itu, HLB telah menyediakan akses kepada perkhidmatan e-pembayaran serta khidmat nasihat dan penyelesaian kewangan lain, dalam usaha menyokong objektif Bank Negara Malaysia untuk meningkatkan kadar penggunaan transaksi tanpa tunai.

“Ia sekali gus memacu peningkatan keterangkuman kewangan dalam kalangan rakyat.

"Dengan menyepadankan ekosistem tanpa tunai di BNO, HLB berusaha untuk memperkasakan lagi komuniti bagi menyesuaikan diri dengan pendigitalan dan pembandaran pesat di negara ini.

“Ia juga membantu perniagaan tempatan berkembang dengan menawarkan cara yang selamat, terjamin dan mudah untuk menerima transaksi kewangan,” jelas kenyataan itu.

HLB telah melancarkan Program e-Duit Desa di Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam, Selangor (BNO) dan dirasmikan oleh dutanya, Alif Satar, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Perkhidmatan Kewangan Peribadi HLB, Andrew Jong berkata, program itu mencerminkan dedikasi bank untuk memperkasakan keterangkuman kewangan dan memacu komuniti dengan penggunaan alatan transaksi digital.

“Bagan Nakhoda Omar adalah tempat paling utara dan paling barat di Selangor, dan daerah ini merupakan daerah penting dalam rantaian nilai pengguna Malaysia.

Artikel Berkaitan:

'Ini adalah bukti komitmen kami untuk berkhidmat dalam komuniti terutamanya membabitkan usahawan dan perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berfungsi sebagai tulang belakang ekonomi negara.

“Dengan memperkenalkan alat pembayaran digital kepada komuniti, kami berharap dapat memperkasakan perniagaan tempatan untuk mengembangkan aliran pendapatan mereka dan memenuhi keperluan lebih ramai pelanggan dengan cepat dan cekap,” kata Andrew.

Beliau berkata, sejak melancarkan inisiatif transformasi tanpa tunai kami di Pulau Pinang sebelum pandemik dan program HLB @ Kampung di Sekinchan, HLB sentiasa meneroka cara baharu untuk memartabatkan komuniti dan perniagaan tempatan menerusi pendigitalan dan berharap usaha kami dapat menjadi pemangkin kepada pertumbuhan meluas pada masa hadapan.

“Kami bercadang untuk meneruskan transformasi digital ini di lebih banyak bandar di seluruh Malaysia termasuk menerapkan ekosistem tanpa tunai di Pasar Tamu Donggongon di Sabah serta daerah Kinta dan Manjung di Perak,” ujar Andrew.

Menerusi Program e-Duit Desa, HLB telah memudahkan pembukaan akaun bank dan pengeluaran kad debit untuk komuniti BNO tanpa perlu mengunjungi cawangan bank.

Untuk perniagaan tempatan, bank juga melengkapkan mereka dengan kit permulaan DuitNow yang membolehkan mereka menerima pembayaran QR tanpa sentuh daripada aplikasi.

Sementara itu, Alif berkata, program tersebut penting untuk pembangunan komuniti dan perniagaan tempatan di luar bandar.

“Ia membolehkan perniagaan tempatan menerima e-pembayaran ini bukan sahaja menjamin keselamatan urus niaga tetapi memastikan pembayaran dibuat dengan lebih cepat dan mudah untuk pelawat seperti saya.

“Melalui sudut keusahawanan, saya sendiri telah menyaksikan bagaimana alat mudah seperti kod QR atau terminal e-pembayaran boleh membantu perniagaan berkembang menerusi kemudahan dan ciri keselamatan yang disediakan,” kata Alif.

Alif berkata, pendigitalan dan pelaksanaan e-pembayaran dapat meningkatkan kecekapan operasi dan seterusnya dapat meningkatkan jualan serta mengembangkan lagi peluang perniagaan.

“Menerusi semua inisiatif ini, saya yakin bahawa penduduk dan perniagaan di BNO akan mendapat manfaat yang lebih besar daripada program ini, dan saya tidak sabar untuk melihat bagaimana bandar ini akan meraih manfaat daripada inisiatif ini,” kata Alif.