Johor wartakan 81km kadar marhalah musafir

Fatwa tentang jarak perjalanan bagi musafir sejauh 81km dalam Warta Kerajaan Johor bertarikh 9 November lalu. Yahya (kiri).
Fatwa tentang jarak perjalanan bagi musafir sejauh 81km dalam Warta Kerajaan Johor bertarikh 9 November lalu. Yahya (kiri).
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor mengeluarkan fatwa menetapkan 81 kilometer (km) merupakan kadar baharu bagi dua marhalah kepada musafir untuk menunaikan ibadah solat jamak dan qasar.

Menurut Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad, fatwa itu diwartakan dalam Warta Kerajaan Johor yang bertarikh 9 November lalu.

Katanya, pewartaan itu dibuat mengikut ketetapan di bawah Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 [Enakmen 16 Tahun 2003].

"Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor, atas perintah dan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, menyediakan fatwa yang dinyatakan untuk disiarkan menurut Subseksyen 48 (6) Enakmen itu.

"Adalah ditetapkan bahawa penentuan kadar dua marhalah bagi para musafir untuk menunaikan ibadah solat jamak dan qasar serta hukum-hukum fiqah lain yang memberi keringanan (rukhsoh) adalah 81 kilometer," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

Pada 25 April tahun lalu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan penetapan kadar dua marhalah adalah 81 kilometer, setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut.

Keputusan ini adalah selaras dengan keputusan yang dibuat pada mesyuarat jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-118 bertarikh 16-17 Februari 2021.

Artikel Berkaitan: