Negara lebih huru-hara tanpa Akta Anti Lompat Parti - Kok Hin

Kok Hin dakwa negara akan menjadi lebih huru-hara tanpa Akta Anti Lompat Parti. - FOTO: SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Kok Hin dakwa negara akan menjadi lebih huru-hara tanpa Akta Anti Lompat Parti. - FOTO: SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
A
A
A

SHAH ALAM - Negara tanpa Akta Anti Lompat Parti akan menjadi lebih huru-hara seperti tergantungnya Parlimen selepas Pilihan Raya ke-15 (PRU15).

Pengarah Eksekutif Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Ooi Kok Hin berkata, jika undang-undang tersebut tidak dikuatkuasakan maka tidak mustahil akan terjadinya sekali lagi ‘Langkah Sheraton’.

Menurutnya, pasti ramai yang tertanya-tanya sama ada akta tersebut berguna memandangkan empat ahli Parlimen pembangkang menyatakan sokongan kepada kerajaan.

“Anda boleh bayangkan dalam keadaan Parlimen tergantung seperti PRU15. Kalau tidak ada Akta Anti Lompat Parti, lagi huru hara dan akan jadi seperti Langkah Sheraton dalam dua tiga minggu kita tidak akan ada kerajaan.

“Akta ini memang diakui ada kelemahannya. Perkara ini telah pun diakui dan dibincangkan dalam mesyuarat sebelum akta itu digubal,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar Siri 420 yang bertajuk ‘Undang-undang Lompat Parti Lompong?’ yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa.

Program itu dihoskan Ismail Adnan dan turut menampilkan dua panelis lain iaitu Setiausaha Negeri Perikatan Nasional (PN), Dr Afif Bahardin dan Timbalan Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Danish Hairudin.

Mengulas lanjut, Kok Hin berkata, dalam perbincangan sebelum itu, PN ada menyatakan bantahan dan beliau turut berpandangan bahawa ia tindakan rasional kerana mengikat autonomi ahli Parlimen.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, beliau memberitahu, segala kelemahan akta tersebut telah diketahui sebelum ia digubal.

“Undang-undang Akta Anti Lompat Parti ini sekarang sedang berperanan seperti yang digubal. Kini ia berjalan seperti yang digubal.

“Apa yang kita nampak hari ini, adalah kesalahan dalam pembentukan akta itu. Kalau nak kata kuasa tidak sepatutnya diberikan kepada Speaker, perkara itu sepatutnya dibincangkan lebih awal,” ujarnya.