Melaka rancang atasi banjir kilat

Adly (tengah) ketika melihat sistem peperitan di Taman Merak Mas selepas sesi dialog di Bukit Katil di sini, hari ini.
Adly (tengah) ketika melihat sistem peperitan di Taman Merak Mas selepas sesi dialog di Bukit Katil di sini, hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Kerajaan negeri akan merangka pelan pembangunan termasuk dua kaedah yang diperkenalkan sejak mengambil alih pentadbiran Melaka.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, kaedah itu ialah menaik taraf sistem saliran dan membina rumah pam baharu bagi mengelakkan limpahan air.

Menurutnya, pelan berkenaan turut yang mengambil kira pengalaman lalu akan diselia oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

"Bagaimanapun ada pelan yang mengambil jangka masa panjang seperti di hadapan kilang Ayer Keroh kerana kawasan terlalu rendah dan memerlukan pembaikan jalan. Kawasan di Melaka Baru dan Perkampungan Chetti sudah tidak berlaku banjir kerana tindakan sudah diambil," katanya ketika sesi dialog berkaitan isu banjir bersama penduduk di Taman Merak Mas, Bukit Katil, di sini hari ini.

Tambah Adly, kerajaan negeri juga akan melihat semula modul takungan air sedia ada agar fungsinya terus relevan kerana banjir kilat hanya berlaku di kawasan tertentu.

"Kita minta pemaju tidak meratakan kawasan tinggi dalam pelan baharu bagi mengelakkan banjir kilat," katanya.

Adly yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil berkata, sebuah rumah pam akan dibina di taman berkenaan yang dijangka siap sepenuhnya akhir Januari depan bagi memastikan masalah banjir yang sekian lama menghantui penduduk dapat diselesaikan.

Artikel Berkaitan: