Sila log masuk terlebih dahulu.

Tiga mangsa rentung selepas hantar kari dal ke rumah nenek

14 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 14 NOVEMBER 2023

Tiga lelaki yang rentung dalam nahas kereta dan lori sampah di kawasan Perindustrian Bercham, dekat sini pada Isnin dalam perjalanan pulang selepas menghantar hidangan raya, kari dal ke rumah nenek mereka, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Dalam kejadian sekitar jam 8 malam itu, M Krishna, 20, dan adiknya, Pavilesh, 16, bersama sepupu, NK Subash Varman, 16, maut di tempat kejadian selepas kereta jenis Proton Perdana dinaiki terbakar.

Bapa mangsa, M Manimaran, 50, berkata, dua anak lelakinya itu keluar dari kediaman mereka di Taman Cempaka sekitar jam 5.30 petang membawa bersama bekalan makanan yang dimasak isterinya sempena Deepavali.

Artikel berkaitan https://www.sinarharian.com.my/article/634441/berita/semasa/tiga-mangsa-rentung-selepas-hantar-kari-dal-ke-rumah-nenek

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini #Kemalangan #KariDal #Rentung