Amaran hujan berterusan peringkat waspada mulai Khamis hingga Ahad

Hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah sehingga Ahad ini. - Foto fail Bernama
Hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah sehingga Ahad ini. - Foto fail Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah bermula Khamis hingga Ahad ini.

Menurut MetMalaysia, hujan berterusan dijangka berlaku di Terengganu dan Kelantan dalam tempoh Khamis hingga Sabtu, 18 November 2023.

Kawasan di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

"Manakala hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang melibatkan daerah Jerantut, Kuantan dan Pekan dalam tempoh Jumaat ini sehingga Ahad, 19 November 2023.

"Begitu juga bagi Sabah iaitu di kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat dalam tempoh sama," menurutnya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Amaran hujan berterusan pada tahap waspada yang dikeluarkan MetMalaysia pada Isnin.
Amaran hujan berterusan pada tahap waspada yang dikeluarkan MetMalaysia pada Isnin.

Kenyataan itu menjelaskan, amaran hujan berterusan tahap bahaya dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 milimeter (mm) dalam tempoh 24 jam.

"Amaran hujan berterusan (buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh enam jam.

Artikel Berkaitan:

"Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan," katanya.