Polis buru peragut rantai leher

Suspek yang meragut rantai leher seorang wanita berhampiran pusat beli-belah di Kajang, pada Sabtu.
Suspek yang meragut rantai leher seorang wanita berhampiran pusat beli-belah di Kajang, pada Sabtu.
A
A
A

KAJANG - Polis giat memburu seorang penunggang motosikal yang bertindak meragut barang kemas wanita di tepi jalan berhampiran pusat beli-belah di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, satu laporan telah diterima pihaknya pada jam 11.40 pagi daripada mangsa wanita berusia 58 tahun.

Menurutnya, mangsa yang sedang memasukkan barang ke dalam kereta tiba-tiba dihampiri seorang lelaki bermotosikal disyaki jenis Yamaha 135LC yang bertindak meragut rantai leher emasnya.

"Suspek yang terjatuh bagaimanapun berjaya memecut motosikalnya sebelum cuba dibantu orang awam untuk menahannya, tetapi gagal," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, orang awam atau individu yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini diminta memaklumkan kepada pihak polis dengan menghubungi mana-mana balai polis yang berdekatan atau pun Pegawai Penyiasat kes Inspektor Ahmad Rahmad Adnan di talian 014-5156933.

Katanya, pihak polis juga menghargai kerjasama orang awam dalam membanteras jenayah.

Kes telah disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 14 tahun dan dikenakan denda atau sebat jika disabitkan kesalahan.

Sebelum itu, satu rakaman video telah dirakam perakam papan pemuka kenderaan atau dashcam sebuah kenderaan yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

Video berdurasi 47 saat kemudian telah tular di sosial media.