TOMER 2023 tarik penyertaan 80 wakil media tempatan, antarabangsa

Seramai 80 peserta terdiri daripada wakil media tempatan dan antarabangsa menyertai TOMER 2023 yang berlangsung di sekitar Putrajaya dan Selangor pada 8 hingga 10 November lalu.
Seramai 80 peserta terdiri daripada wakil media tempatan dan antarabangsa menyertai TOMER 2023 yang berlangsung di sekitar Putrajaya dan Selangor pada 8 hingga 10 November lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Penganjuran Tourism Malaysia Media Explore Race (TOMER) 2023 yang berlangsung di sekitar Putrajaya dan Selangor pada 8 hingga 10 November lalu menarik penyertaan 80 peserta terdiri daripada wakil media tempatan dan antarabangsa.

Dalam pertandingan berkonsepkan explorace itu, peserta perlu menghasilkan kandungan video promosi produk pelancongan di negeri berkenaan.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar berkata, semua peserta dibahagikan kepada 20 kumpulan dan setiap mereka perlu memuat naik video kreatif yang dihasilkan berkaitan produk pelancongan di setiap 'check-point' melalui akaun media sosial mereka.

"Kita buat konsep teroka dan pendedahan. Kita mahu peserta bukan sahaja menjawab soalan yang diberikan, sebaliknya kita juga mahu mereka mempromosikan produk pelancongan yang ada di sekitar Putrajaya dan Selangor.

"Terdapat banyak tempat menarik yang ada di sekitar yang perlu dihebahkan mengenai keindahannya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu tambahnya, TOMER 2023 ialah jalan terbaik untuk mengukuhkan perkongsian antara pihak awam-swasta dalam mempromosikan pelancongan dua negeri itu.

Kumpulan Kamikaze dinobatkan juara TOMER 2023 dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.
Kumpulan Kamikaze dinobatkan juara TOMER 2023 dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.

Jelasnya lagi, sebagai komitmen kepada kejayaan Tahun Melawat Malaysia 2026, Tourism Malaysia melaksanakan pelbagai aktiviti promosi dan pemasaran untuk meningkatkan sumbangan sektor pelancongan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Artikel Berkaitan:

“Dengan menganjurkan TOMER 2023, kami berhasrat untuk meningkatkan tahap produk pelancongan dan mengukuhkan perkongsian awam-swasta, menjadikan Malaysia destinasi pelancongan pilihan di rantau ini," katanya.

Juara TOMER 2023 memenangi RM5,000, tempat kedua membawa pulang RM3,000 dan tempat ketiga menerima RM2,000 manakala RM500 diberikan kepada pemenang hadiah saguhati.