Lelaki OKU hilang sejak 4 November lalu

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis memohon bantuan orang ramai untuk membantu mengesan seorang lelaki kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 4 November lepas.

Polis Kuala Lumpur dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan Muhammad Azwan Azman, 28, kali terakhir dilihat ahli keluarganya di kediaman mereka di PPR Seri Malaysia Fasa 11, Taman Desa Petaling di sini.

Menurut kenyataan itu, lelaki berkenaan mempunyai masalah psikiatri serta luka di lutut yang menyukarkan beliau berjalan.

Laporan polis telah dibuat pada 8 November oleh kakak lelaki berkenaan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, diminta menghubungi Sarjan Aktiviti Balai Polis Salak Selatan Baru, Md Jailani Samsi di talian 016-4477875 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. - Bernama

Artikel Berkaitan: