Bomba selamatkan lelaki kurang siuman tersangkut di pokok

Seorang lelaki tidak siuman tersangkut di salah sebatang pokok di Seberang Jaya dalam kejadian pagi Selasa.
Seorang lelaki tidak siuman tersangkut di salah sebatang pokok di Seberang Jaya dalam kejadian pagi Selasa.
A
A
A

PERAI - Seorang lelaki kurang siuman diselamatkan sepasukan bomba apabila dia didapati tersangkut di atas pokok di Jalan Todak 4, Seberang Jaya dekat sini.

Pasukan bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk menurunkan lelaki terbabit.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Khairul Nizam Abu Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.08 pagi Selasa lalu bergegas ke lokasi untuk bantuan.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati lelaki terbabit berada di bahagian paling atas di salah sebatang pokok di situ.

"Seramai enam anggota telah ke lokasi untuk menurunkan lelaki terbait yang berada pada ketinggian 20 meter di atas pokok berkenaan.

"Kita melakukan kerja-kerja menurunkan mangsa menggunakan tangga jentera bomba dalam keadaan baik dan mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum di bawa ke hospital untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, operasi tamat pada jam 9.36 pagi.