KDN pastikan kerja naik taraf 151 pos PGA siap Disember ini

Saifuddin Nasution (empat dari kanan) merasmikan Majlis Penyerahan Projek Naik Taraf Pos Nibong Pasukan Gerakan Am (PGA) di Tumpat pada Sabtu.
Saifuddin Nasution (empat dari kanan) merasmikan Majlis Penyerahan Projek Naik Taraf Pos Nibong Pasukan Gerakan Am (PGA) di Tumpat pada Sabtu.
A
A
A

TUMPAT - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memastikan kerja-kerja menaik taraf 151 pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di seluruh negara siap sepenuhnya pada Disember ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerja-kerja naik taraf yang bermula dari Perlis hingga ke Sabah sedang giat dilaksanakan ketika ini.

"Untuk itu, KDN sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan kerja-kerja itu siap pada Disember dan mengikut jadual," katanya pada Majlis Penyerahan Projek Naik Taraf Pos Nibong Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Ruji Ubi; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Pos Nibong di Tumpat antara yang telah siap sebelum Disember.
Pos Nibong di Tumpat antara yang telah siap sebelum Disember.

Menurut beliau, projek tersebut melibatkan perbelanjaan keseluruhan RM45 juta.

Ujarnya, kerja-kerja naik taraf itu bagi memastikan anggota mendapat keselesaan sepanjang melaksanakan penugasan di sempadan negara.

Media sebelum ini melaporkan sebanyak 151 pos kawalan Pusat Gerakan Am (PGA) akan dibaik pulih di seluruh negara dengan peruntukan anggaran sebanyak RM45 juta.

Artikel Berkaitan:

KDN akan memastikan kerja-kerja menaik taraf 151 pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di seluruh negara siap sepenuhnya pada Disember ini.
KDN akan memastikan kerja-kerja menaik taraf 151 pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di seluruh negara siap sepenuhnya pada Disember ini.

Saifuddin Nasution berkata, kos tersebut adalah bagi penambahbaikan termasuk lantai reput dan keadaan pos yang daif.