Apa kewajaran mansuh elaun kritikal sektor kesihatan?

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM) mempersoalkan kewajaran kerajaan memansuhkan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) bagi penjawat awam dalam sektor kesihatan.

Jawatankuasa Eksekutif IMAM dalam satu kenyataan menolak pemansuhan elaun kritikal berkenaan bukan hanya berlandaskan isu kewangan semata-mata tetapi berasaskan nilai profesion perubatan.

"Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di dalam kenyataan balas rasmi bertarikh 25 Disember 2019, menyatakan bahawa, “Dari segi prinsipnya, pemberian BIPK adalah tidak kekal serta boleh ditarik balik apabila perkhidmatan berkenaan tidak lagi kritikal.

"Persoalanan pokoknya ialah adakah wajar menganggap perkhidmatan perubatan kini sebagai tidak lagi kritikal?" kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, walaupun secara zahirnya perjawatan dalam sektor kesihatan dilihat sebagai penuh namun yang lebih nyata adalah beban tugas yang semakin tinggi dan tidak sepadan dengan bilangan petugas yang ada.

Katanya, Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 1, antara lain merumuskan bahawa terdapat kekurangan kakitangan di hospital kerajaan, beban kerja yang tinggi melebihi keupayaan tenaga kerja.

"Majoriti mereka yang memilih kerjaya untuk berkhidmat di sektor kesihatan, baik doktor, jururawat, ahli farmasi atau pembantu perubatan, berbuat demikian kerana niat altruistik dan rasa tanggungjawab sosial untuk membantu masyarakat awam.

"Mereka juga manusia yang mempunyai keperluan dan kehendak insaniah. Tidak dapat dielakkan, motivasi dan kepuasan kerja itu berkait rapat dengan imbuhan kewangan dalam apa juga sektor," katanya.

Artikel Berkaitan:

Justeru, IMAM menggesa kerajaan khususnya JPA menilai semula pemansuhan itu untuk kepentingan kebajikan kakitangan kesihatan serta motivasi mereka yang bakal mencetus dan memastikan kualiti perkhidmatan kesihatan yang cemerlang kepada rakyat Malaysia