Bangunan runtuh: Mangsa terakhir ditemukan meninggal dunia

Anggota penyelamat mengeluarkan mangsa terakhir yang ditemukan meninggal dunia dibawah runtuhan bangunan resort di Pulau Perhentian pada Jumaat.
Anggota penyelamat mengeluarkan mangsa terakhir yang ditemukan meninggal dunia dibawah runtuhan bangunan resort di Pulau Perhentian pada Jumaat.
A
A
A

BESUT - Mangsa terakhir yang tertimbus dalam insiden runtuhan bangunan setinggi tiga tingkat di Pulau Perhentian di sini ditemukan meninggal dunia oleh anggota penyelamat.

Mayat buruh binaan warga Indonesia dikenali sebagai Suparno berusia lingkungan 40-an ditemukan oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 2.08 petang pada Jumaat.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, mayat mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira jam 3.15 petang oleh pasukan penyelamat yang mengambil masa kira-kira satu jam setelah mangsa dijumpai di bawah runtuhan bangunan berkenaan.

"Mayat mangsa akan dibawa ke jeti Kuala Besut sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk tindakan lanjut.

"Operasi SAR ditutup petang ini setelah kesemua mangsa tertimbus dijumpai dan empat lagi mangsa terselamat dalam insiden ini," katanya pada sidang akhbar di sini pada Jumaat.

Terdahulu, tapak pembinaan restoran setinggi tiga tingkat di sebuah resort di pulau peranginan itu tiba-tiba runtuh dalal kejadian sekitar jam 4.30 pagi pada Khamis.

Insiden itu melibatkan seramai tujuh buruh binaan termasuk seorang warga tempatan yang ketika itu sedang tidur nyenyak di tapak pembinaan tersebut.

Empat mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala dua lagi mangsa yang dikhuatiri tertimbus ditemukan anggota penyelamat pada Khamis.

Artikel Berkaitan: