Jumlah mangsa banjir di Segamat berkurangan petang ini

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat terus berkurangan kepada 143 orang daripada 35 keluarga petang ini, berbanding 165 orang daripada 38 keluarga, pagi tadi.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon menerusi kenyataan hari ini berkata, penurunan jumlah berkenaan berikutan penutupan PPS di Kompleks Penghulu Pogoh, yang menempatkan penduduk dari Kampung Pogoh, pada jam 6 petang tadi.

Beliau berkata, setakat 6 petang tadi, kesemua yang masih terjejas akibat 'banjir termenung' adalah penduduk dari Kampung Batu Badak dan Kampung Tandong yang berada di dua PPS.

Katanya, seramai 85 orang daripada 22 keluarga berada di Balai Raya Kampung Batu Badak manakala 58 orang daripada 13 keluarga di Dewan Kampung Tandong.

"Cuaca cerah di sekitar Segamat dan pemantauan terhadap banjir dilakukan dari semasa ke semasa," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: