X

Kindly register in order to view this article
!

Ketiadaan gambar Putera Harry, cetus tanda tanya netizen

Ratu Britain, Elizabeth II membuat ucapan sempena Krismas.
A
A

UNITED KINGDOM – Setiap tahun pada perayaan Krismas, Ratu Britain, Elizabeth II akan membuat ucapan sempena perayaan tersebut.

Tahun ini, video ucapan itu disiarkan menerusi laman media sosial Istana Kensington, lapor India Today yang memetik sumber.

Bagaimanapun lebih mencuri tumpuan warganet ialah gambar di atas meja baginda ratu.

Kesemua gambar berkenaan memaparkan ahli keluarga Diraja Britain iaitu keluarga Putera William dan Kate Middleton, Putera Charles dan Camilia Parker Bowles serta Putera Philip dan Raja George.

Ketiadaan gambar Putera Harry bersama isterinya, Meghan Markle serta cahaya mata mereka, Archie dalam rakaman itu bukan sahaja menjadi perbualan hangat warganet tetapi turut mempertikaikannya.

Sementara itu, menurut seorang komentetor Diraja menerusi OprahMag.com, gambar tersebut memang sengaja dipilih namun ia tidak membawa maksud ada sesuatu isu yang berlaku dalam kalangan keluarga Diraja berkenaan.

“Foto-foto yang digunakan dalam siaran langsung ucapan Krismas oleh baginda adalah sesuatu pilihan yang disengajakan namun bukan bermaksud mereka mempunyai konflik,” katanya.

Sementara itu, foto Putera Henry dan Meghan telah pun dipaparkan pada ucapan krismas Ratu Elizabeth II pada tahun lalu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!