Martabat seni tradisi Pahang ke persada dunia

Para peserta bergambar bersama Shahaniza selepas acara perasmian penutup.
Para peserta bergambar bersama Shahaniza selepas acara perasmian penutup.
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang memperuntukkan RM50,000 untuk Festival Syair, Puisi dan Seni Budaya Antarabangsa (Setanggi) 2019, sebagai tanda sokongan memartabatkan seni tradisi Pahang ke persada dunia.

Exco Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, jumlah itu diperuntukkan tahun ini untuk festival yang bermula 23 Disember hingga malam tadi.

Menurutnya, festival seperti ini merupakan satu usaha yang perlu disokong untuk memartabatkan seni budaya Pahang.

"Saya merasakan Pahang bertuah kerana masih ramai sasterawan, budayawan dan aktivis budaya yang berusaha memartabatkan budaya Pahang.

"Ini merupakan kebanggaan kepada kerajaan negeri dan kerana itu kerajaan menyediakan peruntukan. Insya-ALLAH pada tahun 2020 Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) Pahang akan memberi fokus kepada seni yang hampir pupus seperti dikir rebana Pahang.

"Warisan ini perlu kita ambil dan perbaharui dan dokumentasikan kepada generasi akan datang.

"Tahniah dan syabas peserta dan penggiat seni dan budayawan dari Brunei, Singapura dan Indonesia. Pahang bertuah tahun ini kerana menjadi tuan rumah Setanggi 2019," katanya.

Beliau berkata demikian mewakili Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Kompleks JKKN Jalan Teluk sisek, di sini, malam tadi.

Artikel Berkaitan:

Festival Setanggi 2019 bermula pada 20 Disember dengan Konsert Sounds of Pahang diikuti Pementasan Teater 3 Negara (Malaysia & Brunei) pada 21 Disember.

Pada 23 Disember turut diadakan Pertandingan Dendang Syair Antarabangsa diikuti Konsert Teater Syair Setanggi Ratna Inderapura pada 24 Disember.