Penjawat awam Kelantan wajib bersongkok setiap Khamis

Gambar hiasan - Foto Bernama
Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Penjawat awam lelaki di Kelantan diwajibkan memakai songkok setiap Khamis hari bekerja.

Arahan itu berkuat kuasa serta-merta bermula esok.

Notis arahan yang ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Azmi Tengku Jaafar dikeluarkan pada 19 Disember lalu dan tersebar aplikasi WhatsApp.

Mengikut notis itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kali ke-23 tahun 2019 di bawah Perkara-perkara Lain (11) yang bersidang pada 6 November 2019 bersetuju supaya penjawat awam lelaki di negeri Kelantan memakai songkok pada setiap hari Khamis bekerja.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Ada surat kira betullah,” katanya ringkas melalui kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp.

Artikel Berkaitan: