Cabul kanak-kanak: Jurulatih seni bela diri akan didakwa esok

Seorang tenaga pengajar yang diberkas sebelum ini berkaitan kes cabul melibatkan kanak-kanak perempuan di sebuah pusat mempertahankan diri akan dituduh di mahkamah pada Jumaat.
Seorang tenaga pengajar yang diberkas sebelum ini berkaitan kes cabul melibatkan kanak-kanak perempuan di sebuah pusat mempertahankan diri akan dituduh di mahkamah pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang tenaga pengajar yang diberkas sebelum ini berkaitan kes cabul melibatkan kanak-kanak perempuan di sebuah pusat mempertahankan diri dekat sini akan dituduh di mahkamah pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek yang juga merupakan pelajar sebuah kolej swasta itu akan dihadapkan dengan lima pertuduhan berkaitan kes terbabit.

"Suspek berumur 20 tahun itu akan didakwa dengan lima pertuduhan berkaitan kes cabul berkenaan," katanya menerusi kenyataan ringkas pada Khamis.

Pada 2 November lalu, polis menahan seorang lelaki di sebuah pasar raya dekat sini berkaitan kes cabul.

Suspek dipercayai melakukan perbuatan itu melibatkan lima kanak-kanak perempuan berusia 7 hingga 11 tahun.

Artikel Berkaitan: