EU perlu iktiraf usaha negara pengeluar minyak sawit patuh EUDR

Anwar (dua, kiri) melawat reruai selepas merasmikan Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa MPOB 2023 di Kuala Lumpur Convention Center pada Rabu. - Foto Bernama
Anwar (dua, kiri) melawat reruai selepas merasmikan Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa MPOB 2023 di Kuala Lumpur Convention Center pada Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kesatuan Eropah (EU) untuk mengiktiraf dan menghargai usaha negara-negara pengeluar minyak sawit dalam memenuhi Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).

Beliau menekankan bahawa kerajaan negara-negara pengeluar minyak sawit seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand telah mengambil langkah-langkah agresif dan bertanggungjawab untuk mematuhi peraturan itu.

"Perdana Menteri Thailand yang baharu telah memberi jaminan kepada saya bahawa Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia dan Indonesia dan diharapkan negara-negara lain akan turut serta dalam membentangkan kes ini, terutamanya kepada EU," kata Perdana Menteri dalam ucaptama di Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa 2023 (PIPOC 2023), anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di sini pada Rabu. - Bernama

Artikel Berkaitan: