Boikot: Tiada laporan pemberhentian pekerja

Sivakumar
Sivakumar
A
A
A

IPOH - Kementerian Sumber Manusia (KSM) tidak menerima sebarang laporan berhubung pemberhentian pekerja susulan kempen boikot syarikat dan produk berkaitan Israel yang digerakkan di negara ini.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, berdasarkan rekod, tiada aduan rasmi dikemukakan kepada kementerian mengenai isu tersebut setakat ini.

"Kementerian tidak terima apa-apa laporan berkaitan pembuangan pekerja dan sebagainya.

"Tidak ada apa-apa aduan," katanya pada sidang media sempena majlis sambutan Deepavali Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Hotel Impiana dekat sini pada Selasa.

Beliau berkata, kementerian bagaimanapun sedia untuk melihat perkara itu secara lebih serius sekiranya menerima aduan daripada pekerja terlibat.

"Kalau ada aduan, kita akan tengok, jika tiada aduan, saya pun tak boleh komen," katanya ringkas.

Media melaporkan, kempen boikot produk dan syarikat yang berkaitan dengan Israel, memberi kesan kepada pendapatan pekerja tempatan.

Kebanyakan mereka, rata-ratanya pekerja sambilan dikatakan terpaksa diberhentikan disebabkan syarikat tidak lagi menerima jumlah pelanggan yang ramai.

Artikel Berkaitan: