Godam papan menu makanan segera: Kertas siasatan dirujuk kepada TPR

Datuk Hussein Omar Khan
Datuk Hussein Omar Khan
A
A
A

SHAH ALAM - Kertas siasatan kes dua lelaki warga tempatan yang dipercayai menggodam papan menu digital sebuah restoran makanan segera di Kuala Langat akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada Selasa untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes berkenaan.

"Dua lelaki yang direman empat hari bermula Khamis sehingga Ahad lalu dibebaskan dengan jaminan polis.

"Kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan cadangan tuduh di mahkamah," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Selasa.

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan dua lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Hussein dilaporkan berkata, polis menerima laporan daripada pengurus restoran makanan segera itu memaklumkan satu papan menu digital restoran berkenaan digodam.

Papan menu digital berkenaan berubah imej kepada paparan gambar makanan restoran berkenaan yang memaparkan imej darah, bom, peluru dengan tulisan berkaitan keganasan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Artikel Berkaitan: