KPM selesaikan masalah kekurangan guru secara berperingkat

Pkharuddin pada Majlis Bicara Eksekutif Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sempena Konvensyen Program Tranformasi Daerah di Alor Setar pada Ahad.
Pkharuddin pada Majlis Bicara Eksekutif Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sempena Konvensyen Program Tranformasi Daerah di Alor Setar pada Ahad.
A
A
A

ALOR SETAR - Masalah kekurangan guru yang berlaku di seluruh negara akan diselesaikan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) secara berperingkat melalui usaha beterusan dengan kerjasama semua pihak.

Ketua Pengarahnya, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, penawaran perjawatan guru tetap kepada 9,552 guru Gred DG41 baru baru ini juga adalah salah satu usaha dilakukan oleh KPM untuk mengatasi masalah tersebut.

Menurutnya, masalah kekurangan guru tidak dapat dielakkan disebabkan oleh persaraan guru secara pilihan dan wajib.

"Insya-ALLAH dalam masa terdekat kita akan lantik secara kontrak. Jadi ini memang dalam radar kita. Kita sedang melatih guru-guru di IPG dan kita juga sedang menambah baik kaedah untuk mendapatkan guru opsyen-opsyen tertentu," katanya kepada pemberita pada Majlis Bicara Eksekutif Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sempena Konvensyen Program Tranformasi Daerah pada Ahad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) bahawa pengisian jawatan 9,552 graduan pendidikan SPP baru-baru ini tidak mencukupi untuk menampung kekurangan tersebut yang didakwa berjumlah 20,863 guru.

Tambahnya, perkara tersebut berada dalam radar KPM dan mereka sedang menambah baik kaedah untuk dapatkan guru opsyen tertentu melalui bekerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

“Cumanya saya ingin menarik perhatian bahawa satu perkara, kekurangan ini tidak boleh diselesaikan sekali gus baik di negeri mana-mana pun kita harapkan guru yang dibekalkan dipimpin oleh pengetua guru besar sebaiknya.

"Ia supaya mereka dapat berikan perkhidmatan jauh lebih baik dan berkualiti. Sebenarnya jika ada kepimpinan dalam pendidikan lemah, guru yang ada tidak membantu. Kalau kepimpinan itu hebat, mereka dapat gerakkan sumber manusia dengan sebaiknya pasti banyak kejayaan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: