Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam bidang telekomunikasi

Anwar (kanan) dan Fumio Kishida (kiri) menyaksikan pertukaran dokumen memorandum kerjasama dalam bidang informasi dan komunikasi antara Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun di Seri Perdana hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia dan Jepun mengorak langkah memperkukuh kerjasama dalam bidang penyiaran, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta pos dan kurier melalui pemeteraian memorandum kerjasama (MOC) di antara Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun hari ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, MOC itu yang merupakan lanjutan mesyuarat dua hala pada Februari lepas sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN di Filipina akan mengeratkan lagi kerjasama kedua-dua kementerian selain pertukaran pengetahuan dalam bidang penyiaran, ICT serta pos dan kurier.

"Saya lihat MOC ini adalah satu langkah kanan dalam meningkatkan hubungan kedua-dua negara khususnya antara dua kementerian terbabit dalam beberapa aspek termasuk isu seperti keselamatan siber, rangkaian 5G dan ekonomi digital,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis pertukaran MOC itu di Seri Perdana hari ini.

Mohamad Fauzi (kanan) bersama Hiroshi Yoshida (kiri) menunjukkan memorandum kerjasama dalam bidang informasi dan komunikasi di Seri Perdana hari ini. - Foto Bernama
Mohamad Fauzi (kanan) bersama Hiroshi Yoshida (kiri) menunjukkan memorandum kerjasama dalam bidang informasi dan komunikasi di Seri Perdana hari ini. - Foto Bernama

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Jepun, Fumio Kishida menyaksikan pertukaran MOC itu antara KKD, yang diwakili Ketua Setiausahanya, Datuk Mohd Fauzi Md Isa dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun, yang diwakili Timbalan Menterinya, Hiroshi Yoshida.

Kishida dan delegasinya sedang dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia bermula Sabtu.

Fahmi juga berkata, siri perbincangan lebih lengkap serta menyeluruh akan diadakan sebelum sidang khas sempena 50 tahun hubungan ASEAN dan Jepun berlangsung di Tokyo pada Disember ini.

Beliau berkata, menerusi MOC itu, Malaysia ingin mempelajari beberapa perkara yang telah dilaksana dan diusahakan di Jepun seperti penggunaan internet satelit sebagai backhaul untuk telekomunikasi di beberapa lokasi di negara itu.

Artikel Berkaitan:

Anwar (kanan) dan Fumio Kishida (kiri) menyaksikan pertukaran dokumen memorandum kerjasama dalam bidang informasi dan komunikasi antara Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun di Seri Perdana hari ini. - Foto Bernama
Anwar (kanan) dan Fumio Kishida (kiri) menyaksikan pertukaran dokumen memorandum kerjasama dalam bidang informasi dan komunikasi antara Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun di Seri Perdana hari ini. - Foto Bernama

"Di Malaysia, kita di peringkat pembuktian konsep tapi di Jepun, ia telah dilaksanakan pada skala yang sangat besar.

"Jadi, kita ingin lihat kesesuaian menggunakan teknologi seperti itu di Malaysia,” katanya. - Bernama