Dikejar 15km sebelum lari tinggalkan 1,000 liter petrol

Seorang penyeludup lari meninggalkan sebuah kereta berisi 1,000 liter petrol selepas dikejar sejauh 15km oleh anggota penguat kuasa KPDN Kelantan pada Sabtu.
Seorang penyeludup lari meninggalkan sebuah kereta berisi 1,000 liter petrol selepas dikejar sejauh 15km oleh anggota penguat kuasa KPDN Kelantan pada Sabtu.
A
A
A

TUMPAT - Seorang penyeludup bertindak meninggalkan sebuah kereta berisi 1,000 liter petrol selepas dikejar sejauh 15 kilometer (km) oleh anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan pada Sabtu.

Suspek bertindak meninggalkan kereta jenis Proton Wira Aeroback di tepi jalan Cabang 3 Morak, Palekbang di sini pada jam 6 pagi selepas dikejar dari Taman Uda Murni, Kota Bharu.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, sejurus menyedari kehadiran anggota penguat kuasa, suspek bertindak memberhentikan kereta dan melarikan diri.

"Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita telah menjumpai 1,000 liter petrol di dalam kereta tersebut," katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, kesemua bahan api itu ditemukan di dalam 40 buah tong jerikin.

Tong-tong jerikin mengandungi petrol yang disumbat di dalam sebuah kereta.
Tong-tong jerikin mengandungi petrol yang disumbat di dalam sebuah kereta.

Ujarnya, kes disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Azman memberitahu, operasi itu turut mendapat kerjasama daripada Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor.

Artikel Berkaitan:

"KPDN Kelantan akan terus melipatgandakan operasi dalam usaha mengekang aktiviti penyeludupan bahan api bersubsidi ke negara jiran.

"Kita sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau pihak yang terlibat dalam kegiatan tersebut," katanya.