Cerun Taman Bukit Rawang Jaya runtuh, tiada mangsa terlibat

Keadaan cerun yang runtuh di Taman Bukit Rawang Jaya pada Rabu.
Keadaan cerun yang runtuh di Taman Bukit Rawang Jaya pada Rabu.
A
A
A

RAWANG - Tiada pemindahan penduduk dilakukan susulan kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Rawang Jaya pada Rabu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat berkata, lokasi kejadian membabitkan tanah persendirian, namun Majlis Perbandaran Selayang (MPS) akan mengeluarkan peruntukan RM100,000 bagi kerja kecemasan.

Wei Kiat (dua dari kanan) meninjau lokasi cerun runtuh di Taman Bukit Rawang Jaya pada Rabu.
Wei Kiat (dua dari kanan) meninjau lokasi cerun runtuh di Taman Bukit Rawang Jaya pada Rabu.

Menurutnya, keadaan pergerakan tanah akan dipantau dari semasa ke semasa menggunakan peralatan khas dibekalkan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Gombak.

"Bagi penyelesaian jangka panjang, unit bencana PDT akan berbincang secara teliti dengan pemilik tanah terlibat.

"Setakat Jumaat, tiada rumah penduduk alami keretakan dan masih selamat untuk diduduki, " katanya.

Beliau meninjau lokasi kejadian pada Jumaat bersama ahli Parlimen Selayang, William Leong serta Pegawai Daerah Gombak, Nor Azlina Abd Aziz.

Beliau menjelaskan, kejadian dilaporkan berlaku susulan hujan lebat pada jam 8 malam Rabu.

Artikel Berkaitan:

Katanya, cerun yang terlibat dianggarkan setinggi 25 meter.